Macam mana weekend korang? Ni i nak story sikit pasal aktiviti kitorang weekend haritu. Best gila!
Semuanya bermula bila Cik Tiqah, bff time matrik pilah cakap nak datang kuantan, sebab ada kenduri member dia.
And i rasa dia dah siap2 google apa tempat best kat kuantan kot. Sampai i yang dah 24tahun kat sini pun tak penah tau kewujudan Bukit Panorama kat Sg Lembing tu.
So kitorang semangat lah pasang alarm 4.30pagi sebab nak subuh kat sana. Kalau hari biasa jangan jarap lah i nak bangun before 8. Lepas subuh wajib tido balik. Sleeping beauty kononnya. Kahkah! :D
Okey sambung balik. Jalan ke Sg Lembing tu agak gelap dan sunyi sebab kiri kanan banyak hutan. And ada tempat yang takde lampu jalan pun. So korang takyah nak laju sangat la drive.
Gerak dari rumah 5pagi dan sampai sana dalam 5.40. Sempat la jugak kitorg serempak anak beranak lembu, biri2 on the way tu.
Kalau korang nampak pintu gerbang Sg Lembing tu maksudnya dah dekat sangat la. Depan sikit belah kanan ada surau. Pastu jalan depan sikit masuk lorong belah kiri sampai tempat parking anak bukit.
Ohh lupa nak cakap. Kat sana ramai Chinese. Awal gila kott diorang bangun. Kitorang sampai time tu diorang tengah sesiap nak bukak kedai. Set up pasar tani kot sebab hari ahad. So kalau nak datang sini better gerak awal la. Senang parking!
Siap2 solat subuh pukul6 kitorang start hiking. Actually takde la hiking sangat. Panjat anak tangga je. Ada laa skit2 tempat yang takde tangga so kena lalu atas tanah.
Sepanjang tangga tu ada tempat pemegang dan kalau letih boleh berenti rehat kat tepi jap. Kat TEPI ye! Jangan halang lalulintas. Sebab tangga tu sempit. Tapi jangan risau. Ada laluan naik/turun.
I jenis malas nak berenti2 rehat. So mengah2 pun jalan je. Dalam 6.25 tu sampai puncak. Laju jugak la sebab banyak yang i baca kat blog, they took around 40mins untuk naik.
Gelap lagi. Tunggu Cik Tiqah sampai jap.
Penat tapi puas hati. Rasa nak berenang je kat kabus putih belakang tu. Seriously!
Time turun masing2 dah lapar. Dahla bawak bekal pisang je sebijik sorang naik bukit. So Cik Tiqah ajak makan mee jawa sedap Sg Lembing. See! Bab makanan pun dia lagi hebat. Confused kejap. Siapa anak jati kuantan sbenarnya ni? I ke Tiqah?
Murah, banyak dan sedap. RM3.50 kott. Tapi i tak suka kacang sangat. So kurang sikit la feel time makan tu.
Dah gerak balik nampak pulak jambatan gantung kat tepi jalan. Terus brenti. Pastu kena maki ngan apek naik motor tu sebab laju2 brenti tepi tak bagi signal. Hahahh. Sorry ye uncle. Kitorang pelancong :D
Jambatan tu siap ada lompong2 papan tercabut lagi. Scary tak? Bukan takut diri sniri jatuh. Takut fon yg jatuh nnt.
Dan kitorang pun gerak balik rumah tanpa stop2 dah. Nak rest kejap sementara tunggu Kulacakes buka pukul2. Happy tummy *tepuk2 perut :D








No comments:
Post a Comment